Sari Cuka Teen kini dengan wajah baru!
Cart 0
WhatsApp Image 2020-04-09 at 20.40.16.jpeg

Kurma Ajwah Olive House

RM 29.90


Kurma Ajwah Olive House Gred A

Dalam industi kurma, terdapat 3 gred kurma. A, B dan C. Amat jarang importer ambil kurma gred A kerana harga mahal tetapi itulah pilihan Olive House.

Gred kurma Olive House adalah gred A untuk ke semua kurma yang kami import. Apabila import, selalu pengimport akan menggunakan kontena biasa untuk menjimatkan kos. Tetapi tidak untuk kami, Olive House menggunakan kontena sejuk untuk memastikan kurma yang diimport kekal berkualiti tinggi. Kurma Ajwah dibawa masuk atas faktor demand dan rasa.

Walaupun sering dijadikan rujukan sebagaimana dalam hadis, Olive House tidak menjadikannya sebagai hujah utama. Ini kerana terdapat banyak keraguan. Sebagai contoh apa yang dinyatakan oleh Pakar Nutrisi Antarabangsa Prof Dr Mohamed Faid iaitu penasihat Olive House: “Kadar hasil tuaian Ajwah lebih rendah dari yang berjaya dijual!”. Sebagai contoh; Hasil tuaian Ajwah 100 tan tetapi rekod yang dijual 1000 tan. Ajwah dari manakah lebihan 900kg tersebut? Keuntungan kadangkala menjadikan manusia menipu untuk sedikit kesenangan apabila terdapat permintaan. Jadi ramai yang makan Kurma Ajwah sebab khasiat kurma secara umum sedangkan banyak fitnah terhadap kurma ini yang disalah gunakan manusia untuk kejar keuntungan tanpa mementingkan kualiti dan ilmu nutrisi kurma itu sendiri.

Tidak hairanlah, orang yang makan kurma gred kurang baik dan harganya murah serta kualiti rendah(ada campuran gula) mengalami masalah kesihatan. Asbab kepada pengamalan dengan kaedah yang salah serta kurangnya kita terhadap ilmu pengetahuan buah kurma itu sendiri.

Cara mengetahui ciri-ciri kurma ajwa asli:

1. Bila diperhatikan secara langsung, ciri-ciri kurma ajwa asli berbentuk lebih kecil dibandingkan jenis yang lain.
Selain itu warnanya juga lebih gelap dengan tekstur yang agak kering.
Kedutan pada permukaan kurma juga terlihat lebih jelas jika dibandingkan dengan jenis kurma yang lain.

2. Perhatikan juga warna kurma ajwa, Warna kurma ajwa lebih gelap bila dibandingkan dengan kurma-kurma yang lain.

3. Ciri yang terakhir kurma ajwa adalah citarasanya yang tidak terlalu manis seperti jenis yang lain.
Rasa yang sederhana.

Maka jika 3 ciri dijelaskan pada pelanggan inshaAllah mereka akan faham maksud KURMA AJWAH.

Rasulullah SAW bersabda :

«مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ»

Barangsiapa yang makan tujuh biji KURMA ‘AJWA diwaktu pagi (sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong), maka pada hari itu ia akan terhindar dari racun dan sihir.”

(Hadis Sohih Riwayat Bukhari No.5445 dan Hadis Sohih Riwayat Muslim No.2047 dan yang lainnya)

Insya’Allah antara khasiat KURMA AJWA :

Mengeluarkan racun dalam badan.
Menambah penghasilan sel darah merah.
Menambahkan susu badan.
Baik untuk kesihatan jantung.
Menambahkan tenaga.
Meningkatkan kesuburan.
Baik untuk sistem pencernaan badan.
Mencegah penuaan, kecantikkan kulit dan awet muda.

Tahukah Anda?
Khasiat buah kurma sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kurma Ajwah Olive House merupakan kurma yang berkualiti tinggi dan diimport terus dari Madinah.

Antara kelebihan Kurma Ajwah Olive House adalah:

  • Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Diiktiraf Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Mengandungi:

  • Tinggi Vitamin B3. Niacin diperlukan untuk pembebasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat

  • Sumber Vitamin B6 yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah

  • Sumber Magnesium yang membantu menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium

Cara Pengambilan Umum

  • Amat disarankan untuk makan 7 biji dalam sehari

Kaedah Penyimpanan

  • Simpan di tempat yang sejuk dan kering.

PenafianPenafian ini adalah bagi menyatakan bahawa hasil pengambilan makanan ini bagi setiap individu adalah berbeza.